Friday, November 19, 2010

Panduan Peperiksaan Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

 
Peperiksaan Khas untuk Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga. 
PANDUAN UMUM
1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa:
i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas
ii. Kad Pengenalan
iii. Pensil 2B, pen dan pemadam lembut
iv. Peralatan lain yang difikirkan perlu
2. Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan.
3. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit masa Peperiksaan Khas dimulakan
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam
i. Kertas OMR - bagi Seksyen A, B dan C
ii. Kertas tulis SPA - bagi Seksyen D dan E
7. No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
8. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan.
9. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata. 


SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS
Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
 
 
 
Copyright © Panduan Pegawai Tadbir Diplomatik